• Sebaiknya periksa Kuning pada siang hari menggunakan cahaya semula jadi. Dukung bayi berhampiran pintu atau tingkap.
  • Bermula dari muka, gunakan jari anda dan tekan pada kulit dan cepat lepaskan.Jika kawasan yang ditekan tadi masih kelihatan kuning, bayi mungkin kuning.
  • Tekan juga diperut hingga ke kaki.
  • Jika warna kuning hanya pada muka sahaja, maka tahap penyakit kuning sederhana.
  • Kejutkan bayi anda (jika tidur) dan susukan (susu ibu) dengan kerap.
  • Dukung bayi berdekatan dengan tingkap yang cerah di pagi hari.
  • Jangan dedah/jemur bayi secara langsung dibawah sinaran matahari kemungkinan kepanasan dan elakkan tiupan angin (kuat) dibimbangi bayi kesejukkan.
  • Jika bayi menyusu susu ibu, elakkan pemakanan halia untuk 10 hari pertama selepas bersalin. Halia boleh melambatkan proses hati berfungsi untuk membuang bilirubin (yang tinggi dalam darah).