Apa itu Biliary Atresia- Penyakit Biliary Atresia ialah satu penyakit yang tidak mempunyai sistem hempedu luar dan menyebabkan seorang bayi itu akan mengalami kuning ataupun jaundis yang berpanjangan. Punca penyakit ini terjadi tidak dapat diketahui dengan pasti. Namun ada teori mengatakan bahawa ianya terjadi disebabkan oleh sistem hempedu luar telah diserang oleh antibodi badan pesakit.
Penyakit ini dapat dikesan seawal bayi berusia 2 ataupun 3 minggu dilahirkan. Tanda-tanda penyakit Biliary Atresia ini ialah seorang bayi itu akan mengalami keadaan-keadaan berikut. Antaranya ialah:
@ Masalah kuning ataupun jaundis yang berpanjangan.
@ Najis yang berwarna pucat.
@ Air kencing bayi akan berwarna kuning pekat.
@ Kerapkali menangis.
@ Seorang bayi itu sukar tidur lena.
@ Pembesaran hati dan juga limpa.
Penyakit ini dapat di kesan melalui ujian sinar x-ray, pemeriksaan darah ataupun biospi hati. Untuk pengetahuan semua tiada ubat untuk merawat penyakit Biliary Atresia. Ianya hanya dapat di rawat melalui satu pembedahan.
Pembedahan tersebut dipanggil pembedahan ‘Kasai’. Di namakan pemb

edahan ‘ Kasai’ adalah bersempena dengan nama doktor pertama yang membuat pembedahan tersebut. Melalui pembedahan ‘ Kasai’ sistem hempedu luar bayi akan dibuang. Manakala usus kecil akan disambungkan ke porta hepatis. Umumnya pembedahan ini dilakukan ketika umur bayi tidak melebihi 60 hari. Pembedahan ini sepatutnya dijalankan di peringkat terjadinya kerosakan hati. Hanya dengan kaedah ini mampu merawat bayi namun ianya tidak terdapat di negara kita.

Kesan selepas pembedahan ‘ Kasai ‘ ini amatlah tipis. 1/3 daripada bayi yang pernah melalui pembedahan ini langsung tidak memberikan apa-apa kesan. Ada juga bayi yang terpaksa menanggung risiko akibat daripada pembedahan dan menjalani rawatan yang berpanjangan akibat daripada komplikasi yang timbul. 
Tetapi ada juga 1/3 lagi bayi yang bebas daripada jaundis yang berpanjangan dan mampu melalui kehidupan yang normal seperti mana bayi-bayi yang lain.
Semuanya bergantung kepada keadaan dan juga nasib bayi tersebut. Antara komplikasi yang sering timbul akibat daripada kegagalan pembedahan tersebut ialah:
@ Bayi akan mengalami sesak nafas.
@ Deman yang berpanjangan.
@ Perut bayi akan membuncit dan mengandungi cecair di dalamnya.
@ Hujung jari kaki dan juga tangan akan membengkak.
@ Muntah darah dan juga ada bayi akan keluarkan darah melalui najisnya.
Ini semua adalah komplikasi yang bakal dilalui oleh bayi yang pembedahan ‘ Kasai’ nya tidak berjaya ataupun gagal.
Jika ada ibubapa ataupun sesiapa sahaja yang mempunyai semua tanda-tanda penyakit Biliary Artesia, maka segeralah membawa bayi tersebut ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.
Kemungkinan besar rawatan dapat dilakukan dengan segera ke atas bayi dan tidak menunggu hingga usia bayi melebihi 2 bulan. Itu adalah keadaan yang sama seperti mana arwah anak telah mengalaminya. Penyakitnya sukar dilihat oleh mata kasar kerana ianya terletak di dalam sistem hempedu bayi tersebut.