Jom kami kongsikan beberapa tips bagi rawatan demam kuning bayi akak juandis dengan menggunakan susu IBU. Tentu ramai tercari-cari. k

  • SUSU IBU adalah penawar paling mujarab!
  • Susukan bayi seawal mungkin kelahiran. Walaupun susu belum keluar, berikan payudara pada bayi untuk merangsang pengeluaran susu.
  • Big NO!! pada susu formula. Bayi anda hak anda. Bertegas pada hospital dan keluarga.
  • Susukan bayi sekerap mungkin. 1 ke 2 jam sekali.
  • Kejutkan bayi sekiranya dia tidur dan menolak susuan
  • Jangan terlalu cepat menenangkan bila bayi menangis dan mengamuk. Tangisan adalah baik untuk bayi kuning! Ia mengaktifkan seluruh badan bayi.
Info Penting
Elakkan daripada memberi bayi cecair! Ini termasuklah perahan sengkuang cina, anggur hitam dan sebagainya. Perlu diingatkan hanya dua peratus bilirubin dibuang melalui air kencing manakala selebihnya menerusi najis. Jika bayi diberi air , ia hanya akan memenuhkan perut bayi yang secara langsung menyebabkan dia kurang menyusu ibu.