Apakah itu Demam Kuning Bayi?

Demam kuning atau jaundis (dalam istilah perubatan) terjadi hampir 60­70 peratus pada bayi yang baru lahir. Ia terjadi apabila bilirubin iaitu pigmen kuning yang terhasil ketika penguraian normal sel darah merah.Ia adalah perkara normal apabila darah menjadi rosak dan pecah dan diuraikan oleh organ hati. Bagaimana Mengenalpasti penyakit demam kuning:

  1. Jika bayi anda selalu mengantuk, kerap tidur, tidak kerap membuang air besar dan kurang menyusu seperti biasa sila periksa kulit bayi anda.
  2. Pemeriksaan sendiri boleh dilakukan dengan menekan kulit bayi dibawah cahaya yang banyak. ­ Tekankan secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada. ­ Sekiranya ada kesan kekuningan selepas jari diangkat, bayi anda mengalami demam kuning. ­ Jika yang berkulit gelap, periksa pada gusi atau mata putih. Jika warna kekuningan sila dapatkan rawatan selanjutnya diklinik­klinik berhampiran.
  3. Darah bayi diambil untuk mengetahui kandungan bilirulin. Sekiranya kandungan bilirulin tinggi dalam darah pengawasan rapi doktor diperlukan dan bayi memerlukan rawatan fototerapi.